Khamis, 25 April 2019

CARA MENANGANI KARENAH SUAMI YANG BERMASALAH?...

Suami Anda Dah Lain? Dah Tak Macam Dulu-Dulu?  Selalu Makan Hati Dengan Karenah Suami Anda Yang “Macam-Macam”?

Mari Saya Tunjukkan Anda Cara Mem”projek”kan Suami Anda! Agar Dia Berubah! Dari Tunggul Menjadi Unggul!

Dari meja :

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj,

Sebagai seorang motivator yang telah berada di dalam masyarakat lebih 16 tahun lamanya, hampir setiap hari saya dihujani dengan soalan dan keluhan dari golongan isteri yang kurang berpuas hati dengan sikap serta tabiat suami mereka.

Masalah-masalah seperti suami malas, suami tidak sedar diuntung, suami miang, suami berjawatan lebih rendah, suami melebihkan kawan-kawan berbanding keluarga sendiri, suami lemah di rajang, suami bermain kayu tiga, suami panas baran, suami tidak solat, suami suka menipu, suami tak cukup bagi nafkah dan bermacam-macam lagi masalah telah diajukan kepada saya.

Hinggakan, jika saya membaca sesuatu pertanyaan itu di bahagian atas sahaja, saya sudah boleh mengagak apakah di penghujungnya.

Cerita kebanyakan mereka adalah hampir sama, cuma apa yang berbeza hanyalah pada watak dan suasana tempat ia berlaku.

Mengapa Suami Berubah?

Dulu-dulu masa zaman bercinta, rasa memang seronok sangat, si abang adalah orang yang sangat penyayang, romantik dan sangat mengambil berat. Tapi.. lepas beberapa bulan atau tahun berkahwin, nampaknya, si suami macam lain sangat.

Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan si suami itu berubah….

1. Orang Sekeliling

Satu perkara yang perlu kita fahami, manusia mudah berubah apabila orang di sekelilingnya berubah. Orang sekeliling ini adalah terdiri dari kawan-kawan, jiran tetangga dan termasuk juga diri pasangan. Seringkali terjadi, si suami berubah adalah disebabkan oleh diri pasangannya yang sebenarnya juga sudah berubah. Disebabkan itu, si isteri  perlu check dan semak semula, apakah yang bermain di fikiran suami dan apakah pandangan si suami terhadap dirinya dari semasa ke semasa? Kebanyakan isteri tidak sedar tentang perkara ini.

2. Kerjaya
Perubahan pada kerjaya juga boleh menyebabkan perubahan yang besar pada sikap seseorang. Perubahan  kerjaya ini bukanlah bermaksud bertukar kerja semata-mata, tetapi, perubahan pangkat serta tugas juga boleh menyebabkan si suami berubah. Jika dulu waktu kerjanya pendek, kini waktunya mungkin lebih panjang, lebih banyak tanggungjawab yang perlu digalas menjadikan lebih banyak tekanan serta bebanan yang perlu ditanggung. Secara tidak sedar, kadang-kala, masalah yang berlaku di tempat kerja, terbawa-bawa oleh suami hingga ke rumah.

3. Ekonomi & Sosial
Faktor ekonomi sememangnya mampu memberikan kesan yang besar kepada sesiapa sahaja. Masakan tidak, pihak JAKIM sendiri pernah melaporkan, kadar penceraian rumahtangga di Malaysia, telah meningkat sewaktu krisis ekonomi melanda negara.

4. Fitrah
Kadang-kala, si suami itu sebenarnya memang tidak pernah berubah pun. Sewaktu bercinta, dia nampak romantik dan penyanyang sangat.. tapi lepas berkahwin, lain pula jadinya. Sebenarnya, sikap suami sewaktu sedang bercinta dulu, adalah bukan sikap yang sebenar. Hanya selepas berkahwin, barulah si lelaki, memaparkan sikapnya yang sebenar. Sememangnya begitulah fitrah sikap beliau.

Masihkah Ada Harapan?

 Baca penyelesaiannya >> DI SINI  <<




NAK TERIMA UPDATE PERKHIDMATAN TERBARU TERUS KE EMEL ANDA  ?
....Type alamat Emel anda dalam kotak dibawah dan klik "Subscribe":


Delivered by FeedBurner

Khidmat Terjemahan B.Melayu - English, 0.05 sen (utk Abstrak / Thesis / Jurnal / Buku / Legal Doc / Sijil , LOCALIZATION SERVICE ( Translate English >> Malaysia / Brunei )for Forex Brokers / Subtitles / Manuals / CryptoCurrency / Website / Android Apps / Games / Copywriting, Perkhidmatan Proofreading (semakan & pembetulan dalam Jurnal / Thesis / Artikel / Assignment / etc) - English / B.Melayu, Khidmat Transkripsikan (Ubah Audio kepada Text Ms Words) utk temuramah, kumpulan fokus survey, ceramah, meeting, conference , transkripsikan, R&D, pendidikan, perusahaan, sukan, hiburan, pemasaran, perniagaan, insurans Khidmat menukar Imej(Gambar)/PDF -> Text Ms Words Perkhidmatab membuat Resume/CV - English / B.Melayu Servis Menaip (Tulisan tangan -> Ms Word)

 KLIK IKON TWITTER & FACEBOOK DIBAWAH & KONGSI PRODUK YANG BEST BEST KAT SINI DENGAN MEMBER KORANG !

0 ulasan:

Catat Ulasan

Emelkan pertanyaan anda ke My_Cambridge@yahoo.com

(JANGAN HANTAR KE RUANG KOMEN DIBAWAH KERANA IA SELALU TERLEPAS PANDANG)

Send any inquiries to My_Cambridge@yahoo.com

(DO NOT SEND IT VIA COMMENT SECTION BELOW AS IT IS ALWAYS MISSED)