Sabtu, 27 Oktober 2018

Tips abis thesis awal - Bhg 1


Pertama: Kemahiran asas


Persiapkan diri dengan 3 kemahiran asas - document map, LR dan analisis data.


Document map - susun idea dengan heading dan subheading


LR - penulisan paragraph, analysis dan kritis


Analisis data - SPSS dan qualitative (ATLAS, NVIVO, etnography etc)


Kemahiran ini tak ada di fakulti anda, jadi ikuti bengkel yang banyak dijalankan di IPTA..... Jika tak faham sekali (katakan bengkel NVIVO), ikutlah 2, 3 kali dan praktiskan selepas bengkel.


Juga lengkapkan diri dengan skill lain seperti skill mencari artikel, skill membuat bibliografi dll


Tanpa kemahiran ini, anda memang memiliki tips....tapi tips bagi orang yang akan lambat dan berhempas pulas menyiapkan thesis.


Kedua: Tentukan target


Jika anda ada 3 tahun, proposal sepatutnya dihantar 6 bulan pertama. Data collection semester 3... dan 2 semester lagi analisis data dan penulisan. Semuanya 2.5 semester. Reserve 1 semester utk hal2 yang tak disangka berlaku...


Tanpa target, anda sebenarnya menggunakan tips pasrah dan menyerah. Ikut sahaja angin.... jika kencang cepatlah anda siap....jika sepoi2 bahasa.... maka begitulah penulisan anda. Lazimnya angin sekadar sepoi2 bahasa.... ribut jika melandapun cekali cekala cahaja !!


Ketiga: Be realistic


Tesis anda bukan segala2nya. Tesis anda tidak akan dapat mengubah dunia. Dapatkan tajuk dan kajian yang mencapai tahap PhD / Master tetapi jangan melampaui kemampuan anda sendiri. Jika PhD, gunakan advanced statistik mulai MLR hinggalah yang lebih tinggi termasuklah SEM. Pilih IV dan DV yang tidak terlalu sukar diperolehi datanya. Jgn kaji IV dan DV yang terlalu abstract.....


Jika boleh, dapatkan data interval / ratio. Dengan data ini, byk persoalan dan kemuyskilan berkaitan analisis dan assumption statistik dapat dibereskan dengan mudah. Cuba baca kajian2 yang gunakan data interval / ratio ini. Jika viva nanti, data pada skala interval / nominal perlu dipertahankan dan akan mengundang banyak songel dari ahli panel.


Buat PhD bukanlah SENANG tetapi janganlah sengaja cari tajuk yang SUSAH !


Saya ulang...


Buat PhD bukanlah SENANG tetapi janganlah sengaja cari tajuk yang SUSAH !!


Tajuk yang sukar dan pelik2 tidak menjamin thesis anda lebih baik dari orang lain..... silap haribulan anda yang jadi pelik !!


Pelik camner bro?


Orang lain abis 4 tahun..... anda pulak tak abis2.....


Anda mungkin idealistic.... nak pastikan semua perrrrfecttt. Komputer mesti canggih. SV mesti supportive. Articles mesti ada terkini. Tajuk mesti dasyat. Namun... idealistic selalunya lebih mudah wujud dalam angan2....dari realiti.....


Keempat: Blok masa membaca dan menulis


Blok masa yang mencukupi utk menulis. Saya cadangkan anda luangkan masa contohnya satu hari 6 jam straight membaca dan menulis bukannya 2 jam utk 3 hari atau sehari satu jam....


Contohnya anda sibuk.... maka selesaikan urusan anda dahulu, katakan Isnin sampai Rabu. So pastikan hari khamis anda benar2 free utk berada di library atau dimana sahaja yang conducive untuk 6 jam. Tidor awal, pastikan anda ceria dan bersemangat, minta pasangan anda uruskan anak2 dll utk hari tersebut.


Anda bermula katakan 8 am. Anda boleh gunakan 6 jam tersebut utk mengumpul articles sahaja... then the next day for another 6 hours for read and write only. Ini bagi memastikan anda dapat satu kuantiti penulisan yang lebih komprehensif dan flow.... berbanding 2 jam x 3 kali, yang terencat2... tapi jk anda memang free sokmo sebab full time student....buatlah hari2....insyaAllah anda dalam landasan yg betul utk menyiapkan tesis anda.






Alasannya, jika 6 jam straight, anda akan lebih mudah mengaitkan idea2 yang anda baca ... EUREKA !! I found it !!


Kelima: Reward diri sendiri


Anda boleh reward diri sendiri setelah berjaya menulis dalam kuantiti yang signifikan.... jgn kisah dulu pasal kualiti penulisan anda, sebab TAK ADA manusia yang tiba2 pandai menulis.....anda akan sentiasa improve apabila anda semakin byk menulis....dgn amalkan panduan yg anda dpt dr bengkel Dr OT ataupun mana2 kursus yang anda pernah hadiri.


Katakan anda berjaya menulis 2000 words dalam tempuh 6 jam dan seminggu 20000 words.... nak reward apa tu terserah pada anda.....atau pakat dengan hubby.... jika berjaya tulis 50000, hubby belanja gi SPA, manjakan diri.....


NAK TERIMA UPDATE PERKHIDMATAN TERBARU TERUS KE EMEL ANDA  ?
....Type alamat Emel anda dalam kotak dibawah dan klik "Subscribe":


Delivered by FeedBurner

Khidmat Terjemahan B.Melayu - English, 0.05 sen (utk Abstrak / Thesis / Jurnal / Buku / Legal Doc / Sijil , LOCALIZATION SERVICE ( Translate English >> Malaysia / Brunei )for Forex Brokers / Subtitles / Manuals / CryptoCurrency / Website / Android Apps / Games / Copywriting, Perkhidmatan Proofreading (semakan & pembetulan dalam Jurnal / Thesis / Artikel / Assignment / etc) - English / B.Melayu, Khidmat Transkripsikan (Ubah Audio kepada Text Ms Words) utk temuramah, kumpulan fokus survey, ceramah, meeting, conference , transkripsikan, R&D, pendidikan, perusahaan, sukan, hiburan, pemasaran, perniagaan, insurans Khidmat menukar Imej(Gambar)/PDF -> Text Ms Words Perkhidmatab membuat Resume/CV - English / B.Melayu Servis Menaip (Tulisan tangan -> Ms Word)

 KLIK IKON TWITTER & FACEBOOK DIBAWAH & KONGSI PRODUK YANG BEST BEST KAT SINI DENGAN MEMBER KORANG !

0 ulasan:

Catat Ulasan

Emelkan pertanyaan anda ke My_Cambridge@yahoo.com

(JANGAN HANTAR KE RUANG KOMEN DIBAWAH KERANA IA SELALU TERLEPAS PANDANG)

Send any inquiries to My_Cambridge@yahoo.com

(DO NOT SEND IT VIA COMMENT SECTION BELOW AS IT IS ALWAYS MISSED)